Saturday, November 14, 2009
Kehidupan
Ada manusia yang tidak pernah merasa kegagalan dalam hidupnya. Ada juga yang pernah merasa kegagalan dan terus berusaha sehingga berjaya dan ada juga yang sering gagal dan sehingga kini masih gagal tetapi masih berusaha. Kedegilan untuk mencapai kejayaan adalah sikap yang sangat positif. Namun, tidak semua orang mempunyai kemampuan sebegini. Ada yang telah penat mencuba dan akhirnya masih tidak berjaya sehinggakan mereka memilih untuk tidak lagi mencuba.
Kadang-kadang juga kita terpaksa menyakiti orang lain demi kebahagiaan diri sendiri walaupun ia bukan kehendak kita. Keterpaksaan itu kadang-kadang memedihkan sehingga ada yang kecewa dan putus harapan. Ada yang dapat menerima dengan tabah hati kerana percaya kepada takdir.
P/S:percayalah pada takdir...semuanya ketentuan Ilahi...
Friday, September 25, 2009
Rencah Kehidupan
Sudah tentu cara memasaknya. Ramai manusia pada masa kini yang tersalah cara bukan resipi. Disebabkan itulah munculnya seorang Doctor yang berjaya tetapi tidak tahu menghormati orang tuanya, munculnya seorang Engineer yang berjaya tetapi meninggalkan orang tuanya di rumah orang tua dan sanggup membiarkan orang tua itu mengejar keretanya yang sedang meninggalkan kawasan rumah orang tua itu, sebab itu muncul juga seorang ahli politik yang berjaya tetapi menerima rasuah, sebab itu juga muncul seorang ustaz yang alim tetapi meliwat pelajarnya, sebab itu muncul seorang cikgu yang merogol pelajarnya, sebab itu juga munculnya seorang bapa yang merogol anak kecilnya, sebab itu muncul isteri yang menderhakai suaminya, sebab itu juga muncul relajar sekolah yang memukul cikgunya dan menunjukkan parang kepada cikgunya dan banyak lagi kesan daripada tersalah cara itu.
Apakah yang dikatakan tersalah cara itu? Sebenarnya untuk menjawab persoalan itu kita hendaklah faham tujuan kita di dunia ini iaitu mengabdikan diri pada Allah s.w.t . Apabila kita berniat untuk mengabdikan diri kepada Allah secara tidak langsung kita akan mengelak dari melakukan perkara yang ditegah Allah s.w.t. Jadi perkara diatas tidak akan berlaku sepatutnya.
renungkanlah.....
Monday, September 7, 2009
Kisah Seorang Juara
Masih aku teringat lagi sewaktu aku masih kecil. Lagi kecil dari saiz bayi baru lahir. Sewaktu itu aku berada disuatu perkampungan. Sangat ramai sahabat-sahabat ku disitu. Bukan satu malah berbillion aku rasa. Semasa aku masih belum matang untuk meninggalkan tempat itu, ramai dari sahabat-sahabat ku itu telah meninggalkan kawasan itu dan sehingga hari ini masih tidak pulang-pulang lagi. Perasaan takut menghantui aku pada ketika itu. Namun, walaupun penantian itu suatu penyiksaan, sampailah waktu untuk aku meninggalkan kawasan itu untuk berjuang. Pada waktu itu aku sangat hebat berenang, namun kini tidak lagi. Mungkin kemahiran itu telah lama kutinggalkan dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Seperti ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Pada ketika aku telah mengatasi rakan-rakan yang lain dan mara kehadapan sehingga aku bertembung dengan suatu tembok. Aku berjaya menembusi tembok itu dengan kekuatan yang aku ada pada leherku. Apa yang menyedihkan ekorku tercabut pula. Aku sempat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan ku yang tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melepasi tembok itu. Dalam berbillion itu hanya aku yang berjaya. Aku merasa cukup bersyukur kerana aku suatu ketika dahulu pernah menjadi juara dari berbillion-billion. Kini aku gagal menjadi juara dalam kelas yang hanya ada 60 orang ahli pun aku dah bersedih dan mengatakan diri sendiri tidak mampu. Aku mampu kerana aku adalah juara. Dulu berbillion mampu takkan 60 tidak mampu...
p/s:anda adalah juara..jgn cepat kecewa...
Monday, August 10, 2009
Demokrasi dan ISA
Demokrasi berasal dari perkataan greek iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud 'rakyat' dan kratos bermaksud 'pemerintahan'.
Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dimana kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal samada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang demokratik.
ISA merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.
Berikut merupakan petisyen yang dihantar kepada perdana menteri Malaysia berkenaan dengan Abolish ISA atau Gerakan Mansuh ISA:
To: The Prime Minister and Government of MalaysiaNo law in Malaysia shames the country or undermines its democratic system of government more than the Internal Security Act (ISA), which allows indefinite, arbitrary detention without trial.
(Source: http://www.petitiononline.com/alirankn/petition.html)
The ISA stands out as a barbaric law that goes against all our notions of what law and justice should mean. The ISA is an evil, anti-democratic law that can have no place in a country that upholds the Rule of Law.
The ISA subverts natural justice. Natural justice demands that any person accused of a crime should have the right to due process and to be presumed innocent unless and until he or she is convicted in an independent, open court of law.
Without due process and legal checks and balances, ISA detainees are left at the mercy of their captors. In the past, detainees have complained of cruel, inhuman and degrading treatment while under detention.
We therefore call for the immediate repeal of the ISA.
"Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada demokrasi menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai" (Tun Mahathir, source Chedet Blog)
Bagi mengulas tentang demonstrasi yang berlaku di ibu negara baru-baru ini,
Ada yang berpendapat bahawa,
"demonstrasi bagi saya tidak salah jika dilakukan dengan aman. itu adalah hak rakyat untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kerajaan berkenaan sesuatu isu. pihak bertanggungjawab seperti polis, fru sepatutnya mengawal keselamatan semasa demonstrasi berlangsung, bukannya bertindak terus dan mencetuskan kemarahan org ramai seterusnya demonstrasi yang aman bertukar kepada huru-hara.
berkenaan demonstrasi ISA baru-baru ini, pada pendapat saya ISA perlu ada dalam negara kita kerana ia adalah akta yang boleh mendakwa sesiapa yang mengancam keselamatan negara. cuma perlaksanaannya mestilah telus. penggunaan akta ini hendaklah tidak digunakan sewenang-wenangnya semata-mata adanya pengaruh politik dan kepentingan diri sendiri...saya rasa faktor inilah yang membuatkan rakyat bangun memberontak.." (Source: Chedet Blog)
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berpendapat:"demonstrasi itu diadakan kerana pembangkang menyedari sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan. Ini taktik dan strategi bagi elak (bertambah) sokongan rakyat kepada Perdana Menteri. Mereka pun buat kajian dan mendapati pandangan umum sekarang rakyat semakin yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak"(source:mStarOnline)
Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat:
"Nik Aziz menegaskan tidak ada sebab kerajaan menghalang hak kebebasan suara rakyat bagi menyampaikan hasratnya sama ada dalam bentuk protes melalui perhimpunan aman tanpa niat untuk mencetuskan huru-hara.Demonstrasi diadakan kerana rakyat ingin menyampaikan hasratnya. Bukan untuk mencetuskan sebarang huru-hara. Dan ia akan dilakukan dengan aman. Jadi kenapa tidak boleh?Sudah lama rakyat melontarkan suara hatinya dengan cara cukup berhemah supaya ISA dimansuhkan. Sama juga dengan pemansuhan PPSMI, tapi ia seolah-olah tidak ada sebarang tindak balas positif.Maka inilah pilihan lain terpaksa diambil mereka"(source:HarakahDaily.Net)
Macam-macam pendapat yang berbeza jika ingin dihimpunkan disini. Ia terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana mentafsirkannya.
Sunday, July 26, 2009
Kisah Seorang Engineer
Beberapa tahun kemudian, Ali mempunyai nasib yang baik. Dia telah berjaya menjadi salah seorang engineer penting di salah sebuah syarikat petrochemical terkemuka di England. Pada suatu hari setelah pulang ke Malaysia, Ali singgah di sebuah stesen pam minyak petronas di Gambang. Tiba-tiba dia terserempak dengan rakan lamanya iaitu Karim.
Ali :Assalamualaikum Karim.
Karim :Waalaikumsalam...wah lama tak jumpa. Apsal sekarang kau macam Doremon...
Ali :Haha..aku biasa je. Hari-hari exercise. Aku baru balik ni mak bapak aku pun aku belum jumpe lagi....haha
Karim:haha
(mereka ketawa dengan riang, tak tahulah apa yang lawaknya)
Ali : Eh, bro kau kerja kat mane sekarang?
Karim: Aku dapat kerja kat Petronas je bro.
Ali : Wah, okay what....dulu aku apply tak dapat. Kira lu terer gak bro. Apa lagi malam ni kita enjoy dulu bro.
Karim: Eh malam ni aku kerja.
Ali : Laa..yeke...kau kerja bahagian ape kat Petronas bro?Macam stylo je...haha
Karim: Aku kerja bahagian import minyak, minyak datang aku yang yang uruskan. Dulu aku penah kerja export minyak tapi tak larat dah sekarang.
Ali : Huiyoo...bz jugak lu aa...habis tu ko sbenarnya kerja kat mana?
Karim: Kat sini la....
Ali : oooo kat Pahang la...
Karim: Abes tu kau ingat ni negeri sembilan???tula duduk lama kat sana sampai negeri-negeri kat Malaysia pun tak tau.
Ali : Aku tau la..haha...Eh, Lina sekarang kerja kat mana ek? Tak kan kau tak tau.
Karim: Die dapat kerja kat Shell. Bahagian pemasaran rasenye. Minggu lepas ade jumpe dia.
Ali : Hebat betul korang bedua nih. Aku je tercampak kat luar negara.
(Tiba-tiba.......)
Bos : Karim, kau buat ape lagi tu...??Ni lori da sampai. Kau nak kerja ke tak nak nih..??
Ali : Eh bro, apsal tuh?
Karim: Aku terpaksa kerja dulu lah nanti kite borak lagi. Aku kerja shift malam sekali nak cari duit lebih nak kawin bro.
Ali : Lu nak kawin da?Dengan awek dulu tu?
Karim: Bro, mak gua pesan... rim, dalam dunia nih rim buat la apa yang rim suke, tapi bila rim nak kawin...mak nak yang pakai tudung...tu yang gua x jadi kawen ngan die tuh...
Ali : Abes yang ko nak kawin nih sape?
Karim: Nanti kau jumpe la...Cikgu tuh...
Karim segera meninggalkan rakannya itu.....
Ali terpinga-pinga...dan dia baru sedari bahawa rakannya itu hanya bekerja di stesen pam minyak petronas Gambang itu.
Namun mungkinkah Lina yang diperkatakan oleh Karim itu yang bekerja di bahagian pemasaran di syarikat Shell itu hanyalah seorang cashier di stesen pam minyak shell Jaya Gading????
Haaa...ini yang kita tak tau nih.....
Friday, July 24, 2009
I've been thinking
I've been thinking something lately about blogging. Why there are so many people out there loves to write the unnecessary things in their blog? Sometimes it shows how stupid and clumsy the author is. It is like to show the world about your true self. Based on my opinion, we should not revealed our true self sometimes like showing and telling people about our weaknesses. Blog is not the place to do that. There are a place for you to tell your weaknesses and so on. When you wrote about how weak is yourself in your blog, it makes other people who read it feel that you are sucks especially for those who know you. Are you proud to show how weak you are?? because I'm not. It's okay to be hypocrite sometimes and then try to improve yourself. This is a self motivation skills.
There are a lot more unnecessary things but i don't want to mention it here.
How about i suggest one thing before you wrote something in your blog...
Think about the word below:-
Don't think:-
-about how hate you are to somebody
-about your anger
-about how sad you are
-depressed you are
Because blogging is:-
-the place for you to share
-have some fun reading
-have some fun writing
-release tension
-place for you to THINK!!!!
Monday, July 20, 2009
Absorption Column Unit
The packed columns are arranged to operate individually. Solute gas and/or air enters at the base of the selected column, their flowrates being determined by variable area flowmeters. Water to the top of the column is similarly metered and falls through the packing where it is contacted with the rising gas.
By means of a water filled manometer and a multiport selection valve, the differential pressure across the column is determined.
When column dynamics are being studied, water is continuously circulated by means of the recirculation pump and compressed air is blown through the column. (An optional compressor is available for laboratories without a compressed air supply.)
For absorption studies, fresh tap water is used which after contacting with a lean gas mixture, flows to drain. A sample point on the water outlet side allows samples to be taken for analysis and determination of absorption efficiency.
Fresh water and air is also required for humidification studies and for stripping, the fresh water is replaced by the product under test.
Plant operation is controlled from a free-standing control panel fitted with a mimic diagram housing flow controllers, temperature and pressure indicators and services controllers.
All major process items and pipework are manufactured from QVF borosilicate glass with other contact parts in PTFE, stainless steel and ceramic


VALVE










