Monday, July 20, 2009

Isu masalah sosial!!!

APAKAH PERANAN MAHASISWA?

Isu gejala sosial kini sangat serius dikalangan masyarakat Malaysia. Namun, berapa ramaikah rakyat Malaysia terutamanya golongan belia dan mahasiswa universiti-universiti tempatan yang mengambil berat tentang hal ini? Isu ini mungkin dikatakan terlalu lapuk atau dengan erti kata lainnya sudah lama. Namun, tidakkah kita terfikir mengapa isu ini dikatakan telah lapuk? Ini kerana isu ini telah lama diperjuangkan oleh pelbagai pihak namun resolusi dari perjuangan itu tidak menunjukkan peningkatan malah apa yang lihat sehingga kini peningkatan gejala sosial ini semakin menular dikalangan remaja dan belia. Mungkinkah suatu hari nanti negara kita akan kehilangan pemimpin-pemimpin negara yang berkaliber, berkharisma, berakhlak dan berkualiti. Sedar atau tidak kita perlu tahu bahawa remaja dan belia sebenarnya merupakan tonggak masa hadapan sesebuah negara kerana golongan inilah yang bakal mewarisi kerajaan dan menerajuinya dengan corak mereka sendiri. Tetapi apa yang membimbangkan kita pada hari ini adalah masalah sosial ini kebanyakkannya datang atau berpunca dari golongan belia dan remaja.

Apakah peranan Mahasiswa?
Mahasiswa merupakan komuniti yang kini diharapkan oleh pihak kerajaan terutamanya dari Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia yang telah menperkenalkan konsep yang merangkumi bukan sahaja perpaduan rakyat tetapi juga menekankan kepentingan nilai kemasyarakatan iaitu konsep "Satu Malaysia".
Mahasiswa sepatutnya mempunyai kemampuan untuk mencari jalan penyelesaikan terhadap isu masyarakat yang menjadi semakin serius ini. Mahasiswa perlulah peka dengan keadaan masyarakat pada masa kini. Sepatutnya mahasiswa tidak hanya terikat pada isu-isu dikampus malah perlu peka kepada isu kemasyarakatan. Ini akan menjadikan kewujudan mahasiswa itu menimbulkan impak pada masyarakat walaupun tidak banyak namun ia memberi kesan. Mahasiswa pada masa kini perlu mengadakan pelbagai bentuk diskusi atau perbincangan yang dihadiri oleh ramai mahasiswa dari seluruh negara untuk membincangkan permasalahan gejala sosial ini. Ramai mahasiswa kini sangat mementingkan diri sendiri. Mereka lebih cenderung untuk mendapatkan score yang tinggi dalam peperiksaan daripada memikirkan masalah-masalah yang melanda masyarakat kini. Mereka juga lebih suka menghabiskan masa lapang mereka dengan kekasih, kawan-kawan dan ketempat-tempat yang tidak berfaedah daripada pergi ke majlis-majlis yang membincangkan keadaan masyarakat kini. Jika perkara seperti ini berterusan, kita akan saksikan dalam tempoh beberapa tahun lagi keadaan seperti dibawah:
-Orang-orang lebih tua tidak lagi dihormati
-Orang-orang miskin tidak lagi diambil peduli
-Rasuah meningkat
-Pemimpin negara dicemuh
-Golongan berilmu dan ulama ditertawa
-Golongan lemah ditindas
Sebelum perkara seperti diatas berlaku dengan serius, marilah kita bersama-sama mengurangkan masalah ini kerana pada masa kini situasi diatas telah pun berlaku pada kadar yang membimbangkan. Kerajaan telahpun menganjurkan pelbagai program-program yang mempunyai objektif-objektif mendekati golongan belia. Tidak ketinggalan juga badan-badan bukan kerajaan yang telah menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti berfaedah untuk para belia. Namun, persoalannya adakah kita sebagai mahasiswa harus duduk diam dan melihat sahaja? Fikirkanlah.....

"If you talk about change, the change is you"(Mahatma Gandhi)

"Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah". Janganlah kita tergesa-gesa sebaliknya marilah kita merancang dahulu sebelum melaksanakannya. "Jika kita mengikut cara orang bodoh maka kita juga sama bodoh dengannya"Tweet This

0 comments:

Post a Comment